KENALI SEJARAH PEMBANTU PERUBATAN
SEJARAH
Penolong
Pegawai Perubatan adalah antara profesion terawal wujud di Malaysia dan
ia kini menjangkau lebih daripada 230 tahun. Pada awalnya ia dikenali
sebagai Apothecaries yang diperkenalkan oleh British Malaya di Pulau
Pinang.
Dibawah pemerintahan British Malaya Apothecaries dikenali juga sebagai Sub-Assistant Surgeon atau Dressar. Dalam abad ke 19, profesion ini telah melalui beberapa siri transformasi berikutan peranannya yang berkembang bersesuaian dengan jawatan profesion ini pada ketika itu sebagai Pembantu Rumah Sakit (1963), Pembantu Hospital (1970), Pembantu Perubatan (1985) dan kini Penolong Pegawai Perubatan (mulai 20 Mac 2007). Sekolah Latihan Pembantu Hospital telah dibuka secara rasminya di Seremban Negeri Sembilan pada 1971 dan seterusnya 4 buah sekolah latihan yang lain iaitu di Ulu Kinta, Alor Setar, Kuching dan Kota Kinabalu. Sekolah latihan ini kemudiannya dinaik taraf kepada Kolej Pembantu Perubatan pada 1993.
Selain dari kolej latihan yang dikendalikan oleh KKM terdapat beberapa kolej swasta yang menawarkan latihan Diploma Pembantu Perubatan dengan mendapat kelulusan dan dipantau oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Lembaga Pembantu Perubatan. Selari dengan perkembangan semasa, skop pekerjaan PPP telah diperluaskan dengan peranannya di klinik-klinik kesihatan dan di unit pengkhususan atau kepakaran di hospital-hospital, institusi latihan, penyelidikan, penguatkuasaan dan lain-lain.
Terdapat profesion yang hampir sama dengan Penolong Pegawai Perubatan di luar negara. Perbezaan hanya pada nama dimana di Amerika Syarikat ia dikenali sebagai Physician Assistant, Barefoot Doctor di Australia, Kanada, Rusia, China serta dibeberapa negara membangun seperti Filipina dan sebagainya
Selaras dengan perubahan gelaran jawatan Pembantu Perubatan kepada Penolong Pegawai Perubatan, nama skim perkhidmatan berkenaan juga telah ditukar kepada Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan berkuatkuasa mulai 2 Julai 2009. Skim perkhidmatan yang telah ditambahbaik ini merupakan Skim Perkhidmatan Bersepadu yang merangkumi Kumpulan Sokongan dan Kumpulan Pengurusan & Profesional.
OBJEKTIF
Memastikan semua Penolong Pegawai Perubatan (Pembantu Perubatan) yang layak berdaftar dan mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran Tahunan yang sah sepertimana diperuntukkan oleh undang-undang supaya mereka dapat memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi mengikut standard amalan yang ditetapkan.
PIAGAM PELANGGAN
Dibawah pemerintahan British Malaya Apothecaries dikenali juga sebagai Sub-Assistant Surgeon atau Dressar. Dalam abad ke 19, profesion ini telah melalui beberapa siri transformasi berikutan peranannya yang berkembang bersesuaian dengan jawatan profesion ini pada ketika itu sebagai Pembantu Rumah Sakit (1963), Pembantu Hospital (1970), Pembantu Perubatan (1985) dan kini Penolong Pegawai Perubatan (mulai 20 Mac 2007). Sekolah Latihan Pembantu Hospital telah dibuka secara rasminya di Seremban Negeri Sembilan pada 1971 dan seterusnya 4 buah sekolah latihan yang lain iaitu di Ulu Kinta, Alor Setar, Kuching dan Kota Kinabalu. Sekolah latihan ini kemudiannya dinaik taraf kepada Kolej Pembantu Perubatan pada 1993.
Selain dari kolej latihan yang dikendalikan oleh KKM terdapat beberapa kolej swasta yang menawarkan latihan Diploma Pembantu Perubatan dengan mendapat kelulusan dan dipantau oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Lembaga Pembantu Perubatan. Selari dengan perkembangan semasa, skop pekerjaan PPP telah diperluaskan dengan peranannya di klinik-klinik kesihatan dan di unit pengkhususan atau kepakaran di hospital-hospital, institusi latihan, penyelidikan, penguatkuasaan dan lain-lain.
Terdapat profesion yang hampir sama dengan Penolong Pegawai Perubatan di luar negara. Perbezaan hanya pada nama dimana di Amerika Syarikat ia dikenali sebagai Physician Assistant, Barefoot Doctor di Australia, Kanada, Rusia, China serta dibeberapa negara membangun seperti Filipina dan sebagainya
Profesion ini diluluskan
amalannya oleh Parlimen Malaysia di bawah Akta 180, Akta Pembantu
Perubatan (Pendaftaran) 1977 dan Peraturan-Peraturan Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1979. Lembaga Pembantu Perubatan merupakan entiti yang bertanggungjawab mengawal selia dan menguatkuasa Akta 180, Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977 dan Peraturan-Peraturan Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1979 serta Kod Etika Penolong Pegawai Perubatan. Keanggotaan di dalam Lembaga Pembantu Perubatan terdiri daripada dua orang Ex. Officio iaitu Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia sebagai Pengerusi Lembaga manakala Ketua Penolong Pegawai Perubatan (Ketua Pembantu Perubatan) sebagai Setiausaha Lembaga. Seramai lima belas lagi Ahli Lembaga dilantik oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk tempoh tiga tahun dan boleh dilantik
semula selepas tamat tempoh.
semula selepas tamat tempoh.
OBJEKTIF
Memastikan semua Penolong Pegawai Perubatan (Pembantu Perubatan) yang layak berdaftar dan mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran Tahunan yang sah sepertimana diperuntukkan oleh undang-undang supaya mereka dapat memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi mengikut standard amalan yang ditetapkan.
PIAGAM PELANGGAN
Program
ini bertekad, komited dan sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan
yang cemerlang
kepada setiap pelanggan dengan:-
- Sentiasa memberi layanan dengan sopan dan mesra.
- Menyediakan perkhidmatan professional yang berkualiti dengan mengambil kira keperluan pelanggan.
- Semua aduan terhadap Profesion Penolong Pegawai Perubatan akan diberi maklumbalas bertulis dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan.
- 80% aktiviti tahunan Lembaga Pembantu Perubatan/Lembaga Pembantu Hospital Estet yang dirancang akan dilaksanakan setiap tahun.
- Akan menyediakan atau menyiapkan:-
- 80% permohonan Pembaharuan Perakuan Pendaftaran Tahunan Pembantu Perubatan yang lengkap akan disiapkan dalam tempoh 28 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan.
- Mengeluarkan Sijil Pendaftaran Pembantu Perubatan kepada mereka yang layak dalam tempoh 3 bulan dari tarikh penerimaan borang permohonan dengan dokumen yang lengkap.
- Mengeluarkan Sijil Pembantu Hospital Estet kepada mereka yang layak dalam tempoh 2 bulan dari tarikh penerimaan borang permohonan dengan dokumen yang lengkap.
- Keperluan 7 hari latihan untuk semua kakitangan di Lembaga Pembantu Perubatan/Lembaga Pembantu Hospital Estet akan di penuhi setiap tahun.

- Bertanggungjawab ke atas Pendaftaran Pembantu Perubatan.
- Mengawal tatakelakuan termasuk pelaksanaan Kod Etika Pembantu Perubatan.
- Menentu dan meluluskan sukatan pelajaran dan kandungan kursus asas Pembantu Perubatan.
- Menolak atau meluluskan orang yang ingin berdaftar sebagai Pembantu Perubatan.
- Menentukan kelayakan bagi membolehkan seseorang itu didaftarkan di bawah Akta ini.
- Mengawalselia latihan Asas Pembantu Perubatan.
- Mengadakan Peperiksaan Akhir Pembantu Perubatan dengan kerjasama BPL KKM / Swasta.
- Mengeluarkan Sijil Pendaftaran, Sijil Perakuan Pendaftaran Tahunan (APC) serta lencana.
- Mengiktiraf status institusi-institusi yang menawarkan kursus Asas latihan Pembantu Perubatan.
- Menyiasat aduan berkaitan dengan amalan serta tatakelakuan Penolong Pegawai Perubatan.
- Menyediakan garis panduan, S.O.P dan protokol bagi perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan.
- Membantu Bahagian Amalan Perubatan:-
- Mewujudkan Piawaian Kerja untuk Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dan Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK).
- Menyediakan kajian dan Penyediaan Garis Panduan, Protokol dan Prosedur Kerja untuk Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan.
- Pembangunan dan Penilaian berterusan ke atas perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan.
- Justifikasi keperluan jawatan baru dan kenaikan pangkat Penolong Pegawai Perubatan.
- Perancangan perkembangan kerjaya dan latihan Penolong Pegawai Perubatan.
- Mengenalpasti "Role of Expanded & Extended" Penolong Pegawai Perubatan.
- Memberi input teknikal dan khidmat nasihat Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan.
- Merancang keperluan sumber manusia bagi perkhidmatan yang sedia ada dan baru bagi Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan.
- Melaksanakan kajian dan pembangunan (R & D) bagi Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan.
- Memantau pelaksanaan pembelajaran profesional berterusan (CPD) Penolong Pegawai Perubatan.
No comments:
Post a Comment