Friday 27 July 2018

MESYUARAT AKHIR PENYEDIAAN BUKU GARIS PANDUAN BERKHATAN

25 Julai 2018, ILKKM IPOH. Mesyuarat Akhir Penyediaan buku garis panduan berkhatan Penolong Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia telah berlangsung di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah Ulu Kinta Perak pada 23 julai 2018 hingga 25 Julai 2018. Ia adalah bertujuan untuk membentang dan memuktamadkan garis panduan berkhatan ini.

Skop garis panduan ini ialah untuk memberi fokus kepada prosedur berkhatan teknik Dorsal Slit yang dipraktik oleh PPP yang berdaftar dengan Lembaga PembantuPerubatan KKM dan seterusnya menyeragamkan perlaksanaan prosuder berkhatan di kalangan PPP di Malaysia.

Seramai 14 ahli jawatankuasa yang terdiri daripada di kalangan PPP dari Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Jabatan Kesihatan Negeri Perak, Hospital Sungai Buloh, Hospital Kajang dan Hospital Kuala Lumpur telah dijemput dalam mesyuarat ini.


Hasil selama tiga hari mesyuarat itu, ahli jawatankuasa telah memuktamadkan buku panduan ini dan bersetuju ianya menjadi panduan dan polisi kepada semua PPP di dalam perkhidmatan KKM. Buku panduan ini akan akan disunting di Lembaga Pembantu Perubatan dan seterusnya dibukukan menjadi buku polisi atau SOP khatan PPP.

KURSUS TEKNIKAL PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN GRED U32


25 Julai 2018. ILKKM IPOH. Kursus Teknikal Penolong Pegawai Perubatan telahdiadakan di Institut Latihan KKM Sultan Azlan Shah, UluKinta Perak selama tiga hari bermula pada 23 Julai 2018 hingga ke 25 Julai 2018.

Objektif mengadakan kursus ini adalah untuk memperkasa kualiti perkhidmatan dan penyeliaan PPP didalam memberi perkhidmatan di samping meningkatkan pengetahuan pengurusan, fungsi dan tanggungjawab sebagai penyelia yang berkaliber dengan ilmu setaraf dengan peranan dan tanggungjawab dalam melakukan tugasan yang diamanahkan.





Kursus ini dihadiri seramai 141 Penolong Pegawai Perubatan Gred U32 di seluruh Semenanjung Malaysia, 9 penceramah dari Lembaga Pembantu Perubatan dan 4 orang penceramah jemputan.





Program di mulai dengan slot Pelan Pembangunan Profesion Penolong Pegawai Perubatan (6P), Kod dan Etika, KPI, Credentialing, Pengurusan Sumber & Perjawatan dan Penempatan Wajib (PPW) & Emergency Medical rescue services (EMRS).


Dengan selesai kursus ini, pihak penganjur berharapsemua peserta dapat memanfaat segala lmu dan tunjuk ajar menjadi seorang pepimpinan yang baik di fasiliti masing-masing.