Wednesday 27 January 2021

MAJLIS PENYERAHAN NOTA SERAH TUGAS KETUA PPP MALAYSIA

 

Penyerahan Nota Serah Tugas Dr. Md Zaki bin Othman dengan En. Joseph bin Kajangan bagi jawatan KPPPM 
Penyerahan Nota Serah Tugas  TKPPPM diantara En. Joseph bin Kajangan dengan En. Zulhelmi bin Abdullah
Tandatangan Oleh Dr. Md Zaki bin Othman
Tandatangan Oleh En. Joseph bin Kajangan
Tandatangan Oleh En. Zulhelmi bin Abdullah
Selamat Bersara dan Selamat Maju Jaya PPP

CPPPP, 27 Januari 2021 - YBhg. Dato' Dr Norizan Bin Ismail,  Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) telah hadir menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Penolong Pegawai Perubatan Malaysia di antara Dr. Md. Zaki Bin Othman dengan En. Joseph bin Kajangan yang telah berlangsung di BM Ibnu Sina, Blok E1, Kompleks E, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Majlis ini turut dihadiri oleh Dr Mohd Razid Bin Salleh, Pengarah Amalan Perubatan, Bahagian Amalan Perubatan, KKM dan Ketua-ketua Sektor CPPPP.

Majlis terlebih dahulu dimulakan dengan ucapan ringkas TKPK (Perubatan) YBhg. Dato' Dr Norizan Bin Ismail dan TKPPPM En. Joseph bin Kajangan sempena persaraan KPPPM Dr Md Zaki bin Othman.

Seterusnya, aturcara diteruskan dengan sesi menandatangani Dokumen Serah Terima Tugas di antara Dr. Md Zaki bin Othman dengan En. Joseph bin Kajangan bagi jawatan KPPPM manakala jawatan TKPPPM diantara En. Joseph bin Kajangan dengan En. Zulhelmi bin Abdullah yang disaksikan oleh YBhg. Dato' Dr. Norizan Bin Ismail dan Dr Mohd Razid bin Salleh.

YBhg. Dato' Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) dalam ucapannya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Dr. Md Zaki bin Othman di atas pencapaian serta khidmat baktinya sebagai Ketua Penolong Pegawai Perubatan Malaysia selama ini. Beliau turut mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan En. Joseph bin Kajangan sebagai Ketua Penolong Pegawai Perubatan Malaysia dan En. Zulhelmi bin Abdullah sebagai Timbalan Ketua Penolong Pegawai Perubatan Malaysia yang baharu. 

Majlis telah berjalan dengan lancar dan berakhir dengan jayanya.

Pelapor: PPP Tuan Hj M.Shazan


"SELAMAT BERSARA" diucapkan kepada Yang Berusaha Dr. Md Zaki Bin Othman, Ketua Penolong Pegawai Perubatan Malaysia (KPPPM). Seluruh warga PPP mendoakan semoga Yang Berusaha Dr sentiasa diberi perlindungan dan kesihatan berpanjangan oleh Allah SWT serta dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta.
"Terima Kasih, Selamat Bersara dan Jasamu Dikenang"

Sepanjang profesion PPP diketuai oleh Yang Berusaha Dr. Md Zaki Bin Othman, dengan sokongan padu semua PPP dan kerjasama daripada semua pihak, pelbagai pencapaian telah dicapai, diantaranya ialah,

1. Pelan Pembangunan Profesion Penolong Pegawai Perubatan (6P) 2016 -2030.
2. KPPPM dinaikkan ke gred U48 atas justifikasi Ketua Pembantu Perubatan Malaysia.(Mengikut AKTA)
3. Keluar dari Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu.
4. Pembangunan Standard ke- 25 bagi Perkhidmatan PPP di Hospital, Malaysia Society Quality in Health (MSQH - diiktiraf oleh badan antarabangsa ISQUA).
5. 5 STAR Rating bagi KPPPN.
6. Pembangunan Polisi Operasi Ketua Penyelia PPP- Hospital
7. Pembangunan Polisi Operasi Ketua Penyelia Kesihatan Awam (dalam proses penambahbaikan)
8. Penambahbaikan modul latihan Program Penempatan Wajib.
9. Audit Klinikal PPP peringkat Kebangsaan bagi prosedur "asthma care, POP care, Hand Hygiene, HD, Triage .
10. Pembangunan KPI bg perkhidmatan PPP
- Dispatch and Ambulance Preparedness for primary response of less than 5 minutes
- Inappropriate Triaging (Percentage of category green patients who should have been triaged as category Red, Standard <0.5%
- PEFR Implementation for Asthma Patients in Asthma bay by AMO -80%.
11. Pembangunan 9 displin baru utk aktiviti credentialing
i. EMTS (lama)
ii. Opthalmology (lama)
iii. Dewan bedah (lama)
iv. ICU Nursing (lama)
v. Nephrology (baharu)
vi. Pre-Hospital Care (baharu)
vii. Anaesthesia (baharu)
viii. Intensive Care (baharu)
ix. Peri -Anaesthesia (baharu)
x. Orthopaedic services (baharu)
xi. Cardiovascular services(baharu)
xii. Endoscopy(baharu)
xiii. Circumcision(baharu)
12. Pembangunan norma perjawatan di hospital
13. Pembangunan nisbah profesion PPP kepada populasi , 1:1000 pada 2030. (kajian SMUK)
14. Pengwujudan gred Fleksi U41/42/44 di KA.
15. Pengwujudan kumpulan penyelidik dikalangan PPP ( Kolobrasi dengan IPSK).
16. Pusat latihan Berkhatan PPP peringkat Kebangsaan, Hospital Sungai Buloh.
17. Membangunkan modul latihan bagi kursus TOT berkhatan di Pusat Latihan berkhatan PPP, Peringkat Kebangsaan.
18. Penubuhan Akademi Penolong Pegawai Perubatan dan berjaya mendapatkan kawasan / ruangan khusus.
19. Laporan tahunan LPP 2017, 2018, 2019.
20. Berjaya mendapatkan jawatan tetap sebanyak 800+ dengan kaedah trade off dengan profesion lain.
21. Berjaya mendapatkan perjawatan secara kontrak sebanyak 4562 perjawatan bagi melantik graduan PPP ILKKM dan IPTS.
22. Penjenamaan LPP dibawah Cawangan Perkhidmatan PPP, Bahagian Amalan Perubatan.
23. Penambahbaikan silibus Diploma dan menukar nama Diploma kepada Diploma in Medical and Health Sciences (DMHS)
24. Garispanduan program DMHS ditambah baik pada 2018
25. Berjaya mewujudkan Ijazah Khusus untuk PPP iaitu Medical and Health Sciences (MHS)
26. Garispanduan program MHS khusus untuk PPP dari diploma hingga PhD.
27. Mendapatkan kuota HLP untuk program Masters dan Phd.
28. Mengadakan Peperiksaan LPP (Board Exam) mulai 2021, untuk menjaga kualiti penuntut PPP.
29. Mengadadakan Peperiksaan Kompetensi kepada mereka yang gagal memperbaharui ARC.
30. Perkhidmatan PPK di KKM ditempatkan dibawah pentadbiran CPPPP.
31. Membangunkan modul latihan tahap kecekapan 3 displin psikiatrik bg PPK.
32. Konvensyen tahunan PPK.
33. Urusetia Latihan EMRS (Bagi pihak KKM) kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
34. Berjaya Melantik Penyelia PPP Hospital dan PKD sebagai Fire Safety Officer.
35. Membangunkan modul latihan khas untuk Penyelia PPP yang telah dilantik sebagai Fire Safety Officer dengan pihak Bomba.
36. Menghadiri Konferns GACOPA di Rwanda, Afrika dengan peruntukkan KKM.
37. Kolobrasi Antarabangsa dengan GACOPA, wakil CPPPP dilantik sebagai setiausaha GACOPA.
38. Bekerjasama dengan Profesion Physician Assistant/Clinical Officer di US, UK, Australia, Afrika dan lain-lain melalui American Association of Physician Assistant (AAPA) kearah pembangunan Skop kerja , nama profesion dan Pendidikan yang sama diperingkat Global.
39. Membangunkan pendaftaran AMOTeX sebagai pengiktirafan kepada PPP yang menjalankan tugas-tugas klinikal.
40. Berjaya memasukkan inisiatif AMOTeX dan lain-lain dibawah RMK 12 program Perubatan.
41. Kolobrasi dengan universiti OUM, UNIZA, UTM bagi program Dip dan degree khusus bg PPP.
42. Pendaftaran BLESS bagi Pembantu Hospital Estet.
43. Penyelarasan Peperiksaan LPHE.
44. Pelarasan borang JIK Perubatan dan KA.
45. Pembangunan Garis Panduan berkhatan PPP, SOP Psikiatrik (edisi ke 2), SOP Nefro (edisi ke 2).
46. Dan lain-lain.

Info : Facebook  Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan KKM

No comments:

Post a Comment