Tuesday, 17 July 2018

PERJUMPAAN LEMBAGA PEMBANTU PERUBATAN DENGAN MENTERI KESIHATAN


Perjumpaan bersama Yang Berhormat Menteri Kesihatan (YBMK) ini bertujuan untuk memberikan taklimat kepada beliau berkaitan :
1. Peranan dan fungsi yang dimainkan oleh Cawangan, Majlis dan  Lembaga Pembantu Perubatan (LPP) dibawah Bahagian Amalan Perubatan.
2. Lembaga Pembantu Perubatan memaklumkan kepada YBMK berkaitan kuasa-kuasa menteri dibawah akta 180 Pembantu Perubatan dan Akta 435 LPHE. Selain itu Lembaga juga menjelaskan kepada  YBMK peranan dan fungsi seksyen-seksyen yang wujud didalam Lembaga Pembantu Perubatan.
3. Penjelasan berkaitan Profesion Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) juga disampaikan kepada YBMK.
4. Lembaga Pembantu Perubatan juga  memaklumkan kepada YBMK  berkaitan graduan Penolong Pegawai Perubatan kita yang telah tamat latihan Diploma Pembantu Perubatan seramai lebih 2 ribu tidak dilantik dan ada yang telah melebihi 1 tahun. Begitu juga kekosangan pengisian jawatan bagi PPK.
5. LPP juga mempersembahkan montaj berdurasi lebih kurang 4 minit berkenaan peranan PPP yang dilaksanakan dibidang kepakaran samada Perubatan & Kesihatan Awam.


Tn. Hj. Mahadir b. Yunos
Ketua Seksyen Pembangunan Profesion

No comments:

Post a Comment