25 Julai 2018, ILKKM IPOH. Mesyuarat Akhir Penyediaan buku garis panduan berkhatan
Penolong Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia telah berlangsung di
Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah Ulu Kinta Perak
pada 23 julai 2018 hingga 25 Julai 2018. Ia adalah bertujuan untuk membentang
dan memuktamadkan garis panduan berkhatan ini.
Skop garis panduan ini ialah untuk memberi fokus
kepada prosedur berkhatan teknik Dorsal Slit yang dipraktik oleh PPP yang
berdaftar dengan Lembaga PembantuPerubatan KKM dan seterusnya
menyeragamkan perlaksanaan prosuder berkhatan di kalangan PPP di Malaysia.
Seramai 14 ahli jawatankuasa yang terdiri daripada di
kalangan PPP dari Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Jabatan Kesihatan
Negeri Perak, Hospital Sungai Buloh, Hospital Kajang dan Hospital Kuala Lumpur
telah dijemput dalam mesyuarat ini.
Hasil selama tiga hari mesyuarat itu, ahli jawatankuasa telah memuktamadkan buku panduan ini dan bersetuju ianya menjadi panduan dan polisi kepada semua PPP di dalam perkhidmatan KKM. Buku panduan ini akan akan disunting di Lembaga Pembantu Perubatan dan seterusnya dibukukan menjadi buku polisi atau SOP khatan PPP.